Part Time Service Crew

Sebagai wakil syarikat dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan mesra. Sila rujuk pada Job Description dibawah untuk maklumat lanjut.

- Menyambut pelanggan dengan penuh senyuman, dan memastikan pelanggan berasa selesa
- Membawa pelanggan ke meja yang sesuai
- Memaklumkan kepada pelanggan menu istimewa atau sekiranya terdapat sebarang perubahan pada menu
- Memberikan cadangan kepada pelanggan
- Menjawab segala soalan pelanggan berkaitan dengan makanan, minuman dan perkhidmatan yang disediakan oleh restoran
- Mengambil pesanan pelanggan dan memasukkannya ke dalam POS dengan teratur
- Memastikan pesanan pelanggan sampai kepada kitchen
- Menghantar makanan dan minuman yang telah siap kepada pelanggan secara teratur
- Melakukan tugas membuka dan menutup restoran seperti yang tertakluk di dalam SOP dan diarahkan oleh Pengurus / Supervisor
- Memastikan semua kawasan restoran sentiasa berada di dalam keadaan bersih
- Sentiasa bersedia untuk memberikan layanan kepada pelanggan sekiranya diperlukan
- Memastikan pelanggan 'check-out' dengan teratur. Ini termasuk menyediakan bil terakhir, menghantar bil kepada pelanggan, mengambil bayaran (sama ada tunai atau kad), dan memastikan proses 'check-out' berjalan dengan teratur.
- Sentiasa bersedia untuk membantu rakan sekerja sekiranya diperlukan
- Membersihkan meja pelanggan dengan segera dan memastikan meja berada dalam keadaan bersedia untuk pelanggan seterusnya
- Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, dan menjemput mereka untuk datang kembali
- Sentiasa bersedia untuk mengisi tugas-tugas yang diperlukan demi memastikan kelancaran operasi seperti yang diarahkan oleh Pengurus / Supervisor
Semua 'service crew' hendaklah:
- Mampu bertutur dan memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris asas
- Tiada pengalaman diperlukan. Bagaimanapun pengalaman di dalam perkhidmat restoran dan F&B adalah satu kelebihan yang akan diberi keutamaan
-Mampu melakukan kira-kira yang mudah, dan boleh mengendalikan duit tunai dan sistem POS
- Mampu bekerja dalam keadaan berdiri untuk waktu yang lama (5 jam tanpa henti)
- Mampu untuk mengangkat benda-benda berat (sehingga 25kg)
- Mampu mengekalkan sikap professional dalam apa jua keadaan
KADAR GAJI yang ditawarkan adalah diantara RM6 - RM10 bergantung kepada pengalaman kerja yang ada (di dalam bidang F&B)
Waktu bekerja untuk Part Time Service Crew adalah antara 15 jam - 30 jam sahaja setiap minggu.
PENGAMBILAN PEKERJA ADALAH SEGERA! SILA EMAIL RESUME ANDA KE info.kayskl@gmail.com dengan subjek 'PART TIME SERVICE CREW'