5 penipuan kerja part time yang anda perlu tahu

5 penipuan kerja part time yang anda perlu tahu
1. Menyusun katalog - biasanya memerlukan anda menghantar sampul surat beralamat sendiri. Anda akan terima info dalam bentuk risalah yang dihantar menggunakan sampul surat beralamat sendiri yang anda hantar terdahulu. Risalah itu akan menunjukkan potensi untung dan anda kena bayar untuk dapatkan teknik rahsia tersebut. Bila dah bayar, anda akan terima cara bagaimana ianya dilakukan. Teknik rahsia tersebut cuma teknik copycat yang perlu anda ulang seperti yang dilakukan oleh orang yang iklankan tadi.
2. Memasang barang - anda ibarat contractor freelance untuk pasang barang mainan. Nak join kena bayar yuran ahli. Contoh diberikan dan potensi untung ditunjukkan. Tapi bila dah siap ingat nak claim tak pernah dapat sebab asyik tak ikut standard pasang barang. Padahal kalau ikut logik memang ikut standard. Kalau nak ambik pasang barang lain kena bayar lagi.
3. Data entry/ admin/ photography - macam biasa anda akan tengok potensi duit yang lumayan. Kerja senang cuma ikut format atau apa yang disuruh ikut contoh. Konon untuk majalah atau apa sahaja. Tapi kena bayar untuk deposit konon akan dapat balik. Tapi kena tunggu dia call sebab konon klien busy atau apa saja sebab yang melambatkan anda dapat job. Kadang ambik masa dari seminggu ke setahun baru perasan dah kena tipu.
4. Freelance recruitment - cari candidate untuk kerja kosong. Untung satu kepala up to 30% dari gaji candidate tu. Tapi yang peliknya bila tengok website dia kerja sikit aje yang diiklankan. Pastu kena deposit sampai rm500. Kalau x dapat candidate boleh recruit orang yang akan buat kerja sama yang kena deposit rm500. Kita dapat rm50 kalau dapat recruit. So, consultant dari agency yg top ada x diorang kena deposit? Saya pernah kerje kat JS, JDB dan Bostonweb mana ada deposit....
5. Online jobs - rata-rata MLM. Ada juga yang jual ebook disebalik kerja online. Kalau nak beli ebook tu tak payahla sebab banyak yang buat upsell dengan ebook sampah. Ada juga yang buat online teknik rahsia macam nombor 1 diatas. MLM pun sama nak cari orang untuk tampung upline. Anda kerja bukan untuk dibayar atas usaha anda tapi nak support upline anda. Kalau nak income kena carik m...sa. atau downline yang akan bekerje untuk kejayaan anda.
So kalau ada lagi selain dari 5 ni harap anda dapat kongsikan yea..